Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang lelaki hilang selepas perahu dinaiki sembilan penumpang karam akibat kerosakan enjin dan arus deras di Sungai Banting, Lingga. Lapan mangsa selamat, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Transcript
00:00Seorang hilang manakala 8 lagi selamat selepas perahu yang membawa 9 penumpang karam di Sungai Banting, Lingga pada Selasa.
00:09Menurut Ketua Operasi Bomber dan Penyelamat Sarawak Mohd Fauzi Mohd Kifli, insiden berlaku sekitar jam 1.15 petang berhampiran rumah
00:18carang.
00:19Katanya perahu tersebut mengalami kerosakan injin lalu melintang pada tiang jambatan sebelum terbalik akibat arus deras.
00:27Kesemua 8 mangsa pada mulanya telah diselamatkan oleh orang kampung menggunakan perahu.
00:33Bagaimanapun seorang mangsa yang dilihat berpaut pada tiang jambatan tiba-tiba tenggelam dan dibawa arus ketika orang kampung menghampirinya.
00:42Kata Fauzi, pasukan penyelamat tiba di lokasi sekitar 1.5 jam kemudian dari Balai Seri Aman dan memulakan aktiviti mencari
00:51dan menyelamat di permukaan namun gagal menemui sebarang petunjuk.
00:55Identiti mangsa kemudian dikenali sebagai Gerald Lansom, 42 tahun.
01:01Sehingga jam 6 petang, aktiviti SAR masih berlangsung.
01:05Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended