Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Penguatkuasaan perlukan perundangan jelas
Transcript
00:00Kerajaan disaran melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi memperkukuh kedudukan Rukun Negara.
00:08Peguam Muhammad Hanif Khatria Abdullah berkata, langkah itu penting bagi menyediakan asas kuasa perundangan yang jelas kepada Rukun Negara.
00:19Saya sarankan kepada kerajaan, mana-mana kerajaan yang wujud sekarang ini atau yang akan wujud selepas PRU-16
00:28untuk membuat pindaan yang perlu kepada Perlembagaan supaya kelima-lima Rukun Negara kita dijadikan sebagai mukaddimah periambut di dalam Perlembagaan
00:40dan disusuli dengan gubalan undang-undang bertulis berhasilkan untuk mengenakan pemecahan atau kemungkiran mana-mana Rukun Negara
00:51sebagai kesalahan dan hukuman-hukuman yang berpadanan.
00:56barulah isu berkaitan dengan kerakyatan atau kesahian kerakyatan seperti yang dititahkan oleh baginda tuanku
01:08boleh disyaratkan kepada Rukun Negara.
01:12Muhammad Hanif berkata, walaupun Rukun Negara telah diisytiharkan sejak 1970 dan dipromosikan secara meluas termasuk di sekolah,
01:19ketiadaan kuasa perundangan menyebabkan sebarang pelanggaran terhadapnya tidak dapat diambil tindakan secara langsung.
01:26Menurutnya keadaan itu menunjukkan, kedudukan Rukun Negara belum dimartabatkan sepenuhnya kerana masih memerlukan sandaran kepada undang-undang lain untuk penguatkuasaan.
01:35Yang Deputuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara
01:42dan menjadikannya amalan serta panduan hidup sebagai warga negara.
01:46Sultan Ibrahim bertitah, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara,
01:52baginda menasihati agar individu berkenaan tidak layak digelar sebagai warga negara Malaysia.
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended