Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Keharmonian kaum dan kestabilan politik yang berteraskan prinsip Rukun Negara menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kemakmuran ekonomi serta aliran masuk pelaburan ke Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Transcript
00:00Keharmonian kaum dan kestabilan politik yang dinikmati Malaysia disifatkan sebagai asas penting kepada kemakmaran ekonomi dan keyakinan pelabur.
00:09Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halewala Agama Zulkifri Hassan berkata kejayaan itu tidak dapat dipisahkan daripada penghayatan prinsip rukun negara
00:17dalam kalangan rakyat.
00:21Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata rakyat Malaysia khususnya umat Islam perlu bersyukur atas nikmat keamanan dan kestabilan negara ini.
00:30Katanya keharmonian kaum serta kestabilan politik dipandu oleh prinsip rukun negara menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan aliran masuk pelaburan
00:38yang kukuh.
00:40Zulkifri turut menegaskan jabatan itu menjunjung tinggi titah dan nasihat yang dipertuan agung Sultan Ibrahim agar seluruh rakyat menghayati prinsip
00:48rukun negara demi memelihara perpaduan sebagai asas kekuatan negara.
00:52Menurut beliau, titah baginda turut memperkukuhkan seruan yang sebelum ini disuarakan oleh Sultan Selangor, Sultan Syarafuddin Idris Shah menunjukkan keprihatinan
01:02Raja-Raja Melayu terhadap hubungan antara kaum serta kesejahteraan rakyat.
01:07Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia agar menjadikan rukun negara sebagai panduan kehidupan bagi memastikan negara terus kekal aman, stabil
01:16dan maju.
01:17Pada Isnin Sultan Ibrahim dalam titah sempena istiadat pengandungurahan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara, turut menyeru
01:26rakyat menghayati dan mengamalkan prinsip rukun negara dalam kehidupan seharian.
Comments

Recommended