Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pertandingan Debat Alam Sekitar IPT dilihat bukan sekadar platform berhujah, tetapi medan membina mahasiswa berani, berfakta dan cakna kelestarian.
Transcript
00:00Pertandingan debat alam sekitar di AAS antara institusi pengajuan tinggi IPT bukan sekadar platform pertandingan intelektual.
00:09Sebaliknya, medan membentuk generasi muda yang berani bersuara, berfikir secara kritikal dan memahami isu alam sekitar secara holistik.
00:19Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Alam Sekitar JAS Azuri Azizah Saedun berkata,
00:25walaupun JAS merupakan agensi penguatkuasa, pendekatan pendidikan terus dijadikan strategi penting dalam membina kesedaran generasi muda terhadap pemeliharaan dan pemeliharaan
00:37alam sekitar.
00:41Menurut beliau, pertandingan debat yang mula diperkenalkan sejak 1986 itu dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi dan
00:50Dewan Bahasa dan Pustaka DBP.
00:53Alam Sekitar ini, kita nak melatih generasi muda untuk melihat isu alam sekitar secara holistik, keseluruhan.
01:02Bukan sahaja daripada sudut sains dan pencemaran, tetapi kita nak berfikir secara logik, secara realistik daripada segi ekonomi, sosial dan
01:15juga kita nak buat nanti polisi dasar awam yang berkaitan dengan alam sekitar untuk masa depan negara.
01:22Sementara itu, Timbalan Naib Chancellor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu UMT, berangkap pengurusi Majlis Debat Universiti Awam
01:31Malaysia Madum, Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain berkata,
01:34debat memainkan peranan penting dalam membentuk karakter, kemahiran komunikasi serta keberanian mahasiswa.
01:41Menurut beliau, debat membantu mahasiswa meningkatkan keupayaan pengucapan awam, menyampaikan idea secara tersusun dan berhujah,
01:48berlandaskan fakta bukan sekadar persepsi atau kabar angin.
01:52Bagaimana kita nak melahirkan mahasiswa di segi kemenjadian bakat yang boleh dibentuk melalui aktiviti pengucapan awam.
02:01Dan di universiti, bila kita bercakap tentang bakat pelajar, salah satunya ialah bagaimana mereka boleh meningkatkan kemahiran komunikasi.
02:10Ini kerana komunikasi sekarang sangat penting bagaimana pelajar-pelajar kita boleh bercakap tentang idea, solusi dan juga memberikan cadangan-cadangan
02:20yang baik.
02:20Dan lebih penting ialah bagaimana aktiviti debat ini boleh menjana keintilaktualan mahasiswa.
02:28Pertandingan DAS antara IPT kini memasuki edisi ke-32 dengan matlamat melahirkan generasi mahasiswa yang lebih cakna terhadap isu alam
02:36sekitar
02:36serta mampu menyumbang kepada pembangunan dasar negara.
02:40Bakar berlangsung pada 5 hingga 8 Jun 2006 dengan Universiti Malaysia Terengganu UMT sebagai tuan rumah pada tahun ini.
02:50Terima kasih.
02:50Terima kasih.
Comments

Recommended