00:05Malaysia menegaskan pendirian untuk tidak berkompromi dalam isu pembatalan perolehan sistem peluru berpandu anti-kapal NSM sambil menuntut accountability penuh
00:15serta pampasan sewajarnya daripada pihak Norway dan syarikat terlibat.
00:22Perikatan Nasional PN sahkan bersedia hadapi PRN Johor. Pengurusinya Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata PN akan memasuki gelanggang
00:30PRN Johor dengan penuh tanggungjawab, matang dan profesional serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
00:40Kemalangan yang meragut nyawa empat sekeluarga di Jalan Renggam, Keluang semalam berpunca daripada tindakan pemandu dua buah kereta mewah, memandu
00:48secara laju dan melulu, kata Ketua Polis Daerah Keluang Asisten Komisioner Bahrin Muhammad Nuh.
Comments