Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Parti MUDA mengesahkan akan mempertahankan kerusi DUN Puteri Wangsa dalam PRN Johor, dengan menegaskan komitmen kepada politik baharu berteraskan integriti dan kepimpinan generasi muda. Parti itu turut melihat PRN sebagai peluang rakyat menentukan masa depan negeri.

Transcript
00:03Parti Ikatan Demokratik Malaysia muda mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Puteri Wangsa dalam pilihan raya negeri PRN
00:12Johor akan datang.
00:13Menurut Presidennya Amirah Aisyah Abdul Aziz, keputusan mempertahankan kerusi itu dibuat selepas kemenangan di Dun tersebut sebelum ini jelas membuktikan
00:22rakyat Johor bersedia untuk memberi peluang kepada politik baru yang berteraskan integriti, keberanian dan komitmen untuk berkhidmat.
00:33Katanya Parti Muda mempunyai barisan pemimpin muda yang berkaliber untuk mewakili rakyat di pelbagai peringkat di negeri berkenaan.
00:40Tambah beliau, Johor merupakan sebuah negeri yang dinamik dan memiliki potensi besar namun cabaran semasa yang dihadapi rakyat memerlukan pendekatan
00:48yang lebih segar dan bukan sekadar bergantung kepada politik lama.
00:51Selain itu, beliau menegaskan bahawa negeri Johor memerlukan barisan kepimpinan yang memahami aspirasi generasi baru, berani membawa pembaharuan serta komited
01:00mempertahankan kepentingan rakyat.
01:02Presiden Muda itu terpunyatakan sudah tiba masanya lebih ramai golongan muda diberi peluang untuk memimpin dan terlibat secara langsung dalam
01:09proses membuat keputusan di peringkat negeri.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended