00:00Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Givir, menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu supaya menolak saranan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
00:09dan meneruskan serangan terhadap Hezbollah.
00:12Menerusi hantaran di platform X, Ben-Givir menegaskan tindakan ketenteraan perlu diteruskan bagi menangani ancaman kumpulan itu.
00:20Kenyataan itu dibuat selepas Trump mendakwa beliau telah berhubung dengan Hezbollah melalui perantaraan dan memperoleh jaminan bahawa kumpulan itu tidak
00:30akan menyerang Israel.
00:31Trump turut memaklumkan bahawa Israel bersetuju untuk menarik balik sebarang pergerakan tentera yang menuju ke selatan Lubnan.
00:39Bagaimanapun, langkah itu dilihat luar biasa memandangkan Hezbollah diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat
00:47dan tiada Presiden Amerika Syarikat sebelum ini pernah berhubung dengan kumpulan tersebut.
00:53Hezbollah sebelum ini melancarkan serangan roket dan drone ke atas Israel sebagai sokongan kepada Iran sekaligus mencetuskan konflik rentas sempadan
01:03yang semakin meruncing.
Comments