00:00Pembubaran Dewan Undangan Negeri Dun Johor disifatkan sebagai satu taktik politik pihak pembangkang
00:06bagi mewujudkan persepsi bahawa UMNO dan Pakatan Harapan PH tidak mempunyai kesepakatan.
00:12Namun menurut Presiden Parti Pejuang Tanah Air Pejuang, Datuk Seri Mukriz Mahathir,
00:17keadaan sebenar menunjukkan kedua-dua pihak dijangka akan kembali bekerjasama selepas berakhirnya pilihan rakyat negeri PRN.
00:27Jelasnya masih wujud rasa kurang selesa dalam kalangan penyokong UMNO dan DAP terhadap kerjasama antara kedua-dua parti tersebut
00:34namun hubungan politik mereka dilihat kekal kukuh.
00:37Hakikat bahawa UMNO dan DAP tidak bertemu di kerusi yang sama dalam pilihan raya disifatkan sebagai bukti kesepakatan yang masih
00:44terjalin.
00:44Selain itu, Mukriz menegaskan bahawa pembubaran Don Johor dilihat sebagai langkah strategik
00:49untuk membentuk persepsi seolah-olah kedua pihak tidak sehaluan di mata rakyat.
00:54Jelasnya sepanjang tempoh kempen, kedua-dua pihak mungkin membawa naratif berbeza
00:58namun kerjasama itu dijangka berterusan selepas PRN.
01:02Pada 1 Jun, Don Johor yang mempunyai 56 kerusi telah dibubarkan secara rasmi
01:06bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-16.
01:09Pengumuman dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk On Hafiz Ghazi dalam satu sidang media khas di kediaman rasminya.
01:15Mukriz menekankan bahawa rakyat perlu memahami strategi politik yang dimainkan
01:19dan tidak terpengaruh dengan persepsi yang dibentuk sepanjang kempen pilihan raya.
01:24Terima kasih.
01:24Terima kasih.
Comments