Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Penganalisis gesa PRN Johor dilihat sebagai ujian kekuatan UMNO dan penentu strategi parti menjelang PRU akan datang.
Transcript
00:00Pilihan raya negeri PRN Johor dilihat sebagai ujian besar kepada UMNO dan berpotensi menjadi referendum terhadap kedudukan parti itu dalam
00:09landscape politik semasa.
00:12Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia Jaringan Penyelesaian Pembangunan Lestari PBB, SDSN, Universiti Sunway, Prof. Dr. Wong Ching Huat berkata,
00:23Keputusan UMNO untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN menunjukkan keyakinan tinggi parti tersebut.
00:34Menurut beliau, Johor merupakan kubu kuat UMNO dan strategi itu bertujuan menguji kekuatan sebenar parti tanpa bergantung kepada kerjasama politik.
00:43UMNO bukan sahaja ingin bersaing dengan PH tetapi dia ingin bersaing secara maksimalnya untuk menguji kekuatannya.
00:54Jadi ini lebih kepada referendum kepada UMNO di atas dua aspek.
01:02Satu adalah sama ada pengundi ingin sekali memberikan satu majoriti dua per tiga kepada UMNO.
01:10Kedua ialah untuk memberikan momentum kepada UMNO untuk menerajui politik kebangsaan.
01:18Beliau berkata keputusan PRN Johor akan menjadi petunjuk penting kepada hala tujuh politik negara termasuk dalam menghadapi pilihan raya umum
01:25akan datang.
01:26Dalam masa sama, Prof. Wong berkata keputusan PRN Johor berpotensi mempengaruhi strategi politik di negeri lain seperti di Negeri Sembilan
01:34dan juga di Melaka.
01:36PRN Johor dijangka menjadi medan penting bukan sahaja untuk mengukur kekuatan parti politik utama, malah sebagai penentu strategi menjalan pilihan
01:44raya umum akan datang.
Comments

Recommended