Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Negeri Sembilan dijangka berdepan kemungkinan pembubaran DUN selepas Johor mengambil langkah sama. Mesyuarat khas pemimpin negeri menjadi perhatian, manakala reaksi parti politik menunjukkan persiapan menghadapi pilihan raya semakin giat.
Transcript
00:00Dewan Undangan Negeri Dun Negeri Sembilan dijangka bakal mengikuti jejak Dun Johor yang mengumumkan pembubarannya semalam.
00:08Memetik laporan sinar harian, beberapa ahli Dun Pakatan Harapan bersama pemimpin parti hadir ke kediaman rasmi Menteri Besar
00:14bagi menghadiri mesyuarat khas kemungkinan berkaitan pembubaran Dun.
00:19Setiausaha akbar Menteri Besar Ahmad Syahir Muhammad Syah bagaimanapun memaklumkan,
00:24tiada sidang media akan diadakan susulan mesyuarat tersebut.
00:27Selain itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dijadwal menghadap yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,
00:33Tuanku Muhris, Tuanku Munawir, sebelum mesyuarat majlis mesyuarat kerajaan.
00:39Sementara itu, pemuda UMNO Negeri Sembilan menyatakan sokongan terhadap cadangan pembubaran Dun
00:44bagi memberi peluang kepada rakyat menentukan semula mandat kepimpinan negeri.
00:48Ketuanya Muhammad Fadil Madzin berpandangan, langkah tersebut wajar dalam situasi politik semasa
00:54demi memastikan kestabilan dan kemakmuran negeri terus terpelihara.
Comments

Recommended