Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Donald Trump dakwa capai persetujuan dengan Hezbollah untuk henti serangan, Israel pula bersetuju tarik balik tentera dari selatan Lubnan.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa telah berhubung dengan Hezbollah melalui wakil tertentu dan kumpulan itu bersetuju untuk menghentikan semua
00:09serangan.
00:10Menerusi platform True Social, Trump berkata beliau turut berbincang dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang bersetuju untuk menarik balik
00:18sebarang pergerakan tentera ke arah Selatan Lubnan.
00:24Tiada Presiden Amerika Syarikat sebelum ini pernah berkomunikasi dengan Hezbollah yang diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh Washington.
00:32Menurut seorang pegawai Lubnan, Hezbollah melalui Speaker Parlimen, Nabi Berry, memaklumkan kepada pihak Amerika Syarikat bahawa mereka bersedia menghentikan serangan
00:42ke utara Israel dengan syarat Israel tidak menyerang Beirut dan kawasan sekitarnya.
00:46Konflik di Lubnan merupakan antara impak terbesar daripada ketegangan yang melibatkan Iran dengan lebih 1.2 juta penduduk Lubnan terpaksa
00:55berpindah akibat serangan Israel dan arahan pemindahan sejak 2 Mac lalu.
00:59Dalam perkembangan terkini, tentera Israel dilaporkan menawan kubu bersejarah Beaufort Castle berusia 900 tahun serta kawasan strategik di selatan Lubnan.
01:08Perkembangan ini berlaku sehari selepas serangan hebat dilancarkan Hezbollah ke utara Israel yang memaksa penutupan sekolah dan penguatkuasaan sekatan keselamatan.
Comments

Recommended