Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Florida fail saman terhadap OpenAI dan CEO Sam Altman, dakwa ChatGPT beri risiko keganasan dan pengaruh negatif kepada pengguna muda.
Transcript
00:00Negeri Florida memfailkan saman terhadap OpenAI dan ketua pegawai eksekutifnya Sam Altman atas dawaan mengelirukan orang ramai mengenai tahap keselamatan
00:11platform CETGPT yang didakwa memberi kesan buruk kepada kanak-kanak.
00:15Peguam negara Florida James Uthmeyer berkata, saman itu difailkan di Mahkamah Negeri dan menjadi tindakan undang-undang pertama oleh sebuah
00:25negeri terhadap syarikat teknologi tersebut.
00:30Menurutnya, CETGPT didakwa menyediakan maklumat kepada individu yang kemudiannya terlibat dalam keganasan termasuk penembakan selain memberi panduan berkaitan kecederaan diri
00:41serta menyebabkan ketagihan dalam kalangan pengguna muda.
00:45Saman itu turut merujuk kepada satu kejadian tembakan di sebuah universiti di Talahasi tahun lalu serta beberapa insiden lain di
00:52negeri berbeza yang dikaitkan dengan penggunaan platform tersebut.
00:56Menurutnya, orang ramai tercedera, ibu bapa diperdaya dan mereka perlu bertanggungjawab.
01:03Uthmeyer berkata, kerajaan negeri menuntut ganti rugi mencecah berbilion dolar selain perintah mahkamah bagi memaksa perubahan dalam cara CETGPT berinteraksi
01:13dengan pengguna muda.
01:15Setakat ini, pihak OpenAI belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dawaan berkenaan.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended