Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Iran beri amaran kepada penduduk utara Israel selepas serangan ke atas Beirut, ketegangan Timur Tengah terus meningkat.

Transcript
00:00Pengawal Revolusi Iran, IRGC mengeluarkan amaran kepada penduduk di utara Israel agar meninggalkan kawasan tersebut sesulan peningkatan serangan Israel ke
00:10atas Lubnan.
00:11Amaran itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan serangan ke kawasan pinggir selatan Beirut yang dikuasai Hezbollah.
00:24Menurut kenyataan yang dibaca oleh pemberita televisyen negara Iran, Komander Markas Pusat Qatam Al-Anbiya, Ali Abdullahi, berkata penduduk di
00:32utara Israel perlu segera berundur bagi mengelakkan sebarang risiko serangan balas.
00:37Dalam perkembangan berkaitan, televisyen negara Iran memberi amaran bahawa gencatan senjata antara Iran dan Amerika yang dicapai pada awal April
00:45berkemungkinan besar akan berakhir sekiranya serangan Israel terhadap Hezbollah di Lubnan berterusan.
00:52Konflik berkenaan terus mencetuskan gelombang perpindahan penduduk dengan lebih sejuta rakyat Lubnan telah meninggalkan kediaman mereka sejak Mac lalu.
01:00Serangan berterusan itu juga memberi kesan besar kepada ekonomi global apabila harga tenaga meningkat sesulan penutupan selat humus oleh Iran.
01:08Perang yang tercetus sejak akhir Februari itu telah mengorbankan ribuan nyawa kebanyakannya di Iran dan Lubnan selain meningkatkan kebimbangan terhadap
01:16kestabilan serantau.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended