00:00Malaysia disaran memainkan peranan utama dengan menyediakan dasar yang lebih komprehensif dan tersusun dalam pengurusan isu pelarian, termasuk menetapkan hal
00:10tuju yang jelas dari segi kemasukan dan pengakhiran mereka di negara ini.
00:14Menurut Ketua Pentadbiran dan Divisien Sumber Manusia, Institut Pengajuan Islam Belanjutan Antarabangsa, IAIS, Mohd Fariz Zainal Abdullah, setiap perancangan berkaitan
00:26pelarian perlu berasaskan data dan fakta yang kukuh, memandangkan ia melibatkan sebuah negara berdaulat seperti Malaysia.
00:33Jadi kita melihat, kita perlu bergerak atas data dan fakta. Setiap data dan fakta bagi setiap kelompok masyarakat pelarian perlu
00:51diambil dengan serius dan diperkirakan dengan jelas dan dinyatakan apakah matlamat akhirnya nanti, apakah sampai satu tahap
01:03apabila negara mereka telah aman, maka kita akan ada satu polisi yang jelas tentang bagaimana mereka akan meninggalkan negara ini
01:11dan kembali kepada negara mereka.
01:16Dalam masa sama, beliau berkata, Malaysia tidak seharusnya sekadar menyalurkan bantuan tanpa perancangan menyeluruh kerana ia boleh membawa kepada pelbagai
01:25kesan negatif, termasuk lahirnya naratif bersifat menolak dan merendahkan kelompok pelarian.
01:31Situasi itu jelasnya boleh membuka ruang kepada wujudnya kumpulan ekstremis yang menentang sebarang usaha bantuan kemanusiaan selain mencetuskan persepsi negatif
01:42dalam kalangan masyarakat.
Comments