Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya karam di Sungai Gaat, Kapit berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Balang, petang Ahad.
Transcript
00:00Seorang lelaki dikuatiri lemas selepas bot dinaikinya karam di sungai Gaat Kapit berhampiran sekolah kebangsaan Nanga Balang pada petang Ahad.
00:09Juri cakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JPPM Sarawak berkata,
00:15mangsa dikenali sebagai Spielberg Dylan Skunier, 32 tahun dan berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, kejadian berlaku pada 6.15 petang.
00:26Bot itu dikatakan terlanggar batu di tengah sungai sebelum karam.
00:30Enam individu berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa dilihat hanyut kira-kira 50 meter dari lokasi bot karam sebelum hilang dan
00:38hingga kini belum ditemukan.
00:40Juru cakap JBPM maklumkan mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.28 pagi Isnin sebelum pasukan Balai
00:48Bomber dan Penyelamat BBP Kapit bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 72 kilometer dari balai itu.
00:53Beliau berkata pasukan operasi tiba pada jam 10.42 pagi dan operasi mencari dan menyelamat SAR dijalankan dalam radius 6
01:02kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hanyut.
01:05Pencarian menggunakan kaedah pencarian permukaan air dan zigzag selain pemeriksaan di tebing sungai dengan bantuan penduduk rumah panjang berhampiran.
01:13Bomber menggunakan perahu disediakan penduduk rumah panjang kerana bot aluminium milik JBPM tidak dapat melalui kawasan berkenaan berikutan paras air
01:20sungai yang terlalu cetek.
01:21Beliau berkata operasi SAR ditangguhkan pada 3.30 petang berikutan cuaca hujan.
Comments

Recommended