00:00Malaysia menegaskan pendirian untuk tidak berkompromi dalam isu pembatalan perolehan sistem peluru berpandu antikapal ataupun NSM sambil menuntut accountability penuh
00:11serta pampasan sewajarnya daripada pihak Norway dan syarikat terlibat.
00:16Kementerian Pertahanan menegaskan walaupun Malaysia sedang bergerak ke hadapan dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara, langkah tersebut tidak bermaksud isu kerugian
00:26akibat pembatalan kontrak boleh diketepikan begitu sahaja.
00:32Menterinya Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin menegaskan Malaysia berhak menuntut pampasan yang adil susulan pembatalan lesen ekspor oleh pihak Norway
00:40yang telah memberi kesan besar terhadap perancangan pertahanan negara.
00:44Tindakan tersebut bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan melibatkan dana awam yang diperuntukkan, malah turut mengakibatkan kehilangan masa dan peluang strategik
00:54yang tidak mudah diganti.
00:57Beliau turut menegaskan proses mencari pengganti kepada sistem peluru berpandu berkenaan adalah rumit dan memerlukan tempoh masa panjang termasuk rundingan
01:05kontrak baharu, penilaian teknikal serta integrasi ke dalam platform sedia ada.
01:10Dalam nada lebih tegas, Kementerian menekankan isu ini tidak lagi boleh dilihat sebagai pertikaian komersial semata-mata, sebaliknya telah menyentuh
01:20aspek keselamatan dan kesiapsiagaan pertahanan negara.
01:24Malaysia turut memberi amaran kegagalan mengenakan pertanggungjawaban yang bermakna terhadap pelanggaran komitmen antarabangsa boleh mewujudkan situasi berbahaya kepada masa depan
01:35kerjasama pertahanan global.
01:36Menurut Khalid, kecenderungan komitmen antarabangsa diketepikan atas pertimbangan politik atau ideologi juga boleh menjejaskan keyakinan negara kecil dan kuasa pertengahan
01:48terhadap sistem perjanjian global yang berasaskan peraturan.
01:51Sehubungan itu, Malaysia menegaskan bahawa tuntutan pampasan bukan sekadar soal kewangan tetapi melibatkan prinsip keadilan, accountability serta pemeliharaan integriti, tata
02:04kelola antarabangsa berasaskan peraturan.
02:07Khalid turut menyifatkan hubungan dua hala Malaysia-Norway kini berada dalam keadaan yang dicemari ketidakpercayaan dan tidak boleh kembali kepada
02:15keadaan normal tanpa penyelesaian yang jelas, adil dan berprinsip.
02:22Terima kasih telah menonton!
Comments