00:00Polis menahan dua lelaki di Syakir terlibat dalam cubaan mencuri kabel milik Telekom Malaysia TM di Taman Rapat Setia Baru
00:08di Ipoh selepas rakaman kejadian itu tular menerusi media sosial.
00:13Ketua Polis Daerah Ipoh, SCP Mohd Najib Hamzah berkata kedua-dua suspek berusia 34 dan 38 tahun itu ditahan kira
00:22-kira satu pagi pada Isnin di sebuah restoran di kawasan Bercam.
00:26Katanya pihak polis telah mengesan satu rakaman video tular menerusi aplikasi X yang memaparkan dua lelaki membuka sebuah kotak agihan
00:35milik TM berhampiran sebuah rumah di Taman Rapat Setia Baru.
00:40Hasil pemeriksaan mendapati tiada kehilangan kabel berlaku namun terdapat kesan cubaan membuka dan menggeledah kotak DB tersebut.
00:48Beliau berkata semakan mendapati seorang daripada lelaki itu memiliki satu rekod kes jenayah dan tujuh rekod kes dadah manakala seorang
00:59lagi mempunyai tiga rekod kes jenayah.
01:02Polis turut merampas sebuah kereta jenis proton persona yang dipercayai digunakan semasa kejadian serta beberapa barangan lain bagi membantu siasatan
01:11di bawah Seksyen 379 Palang 511 Kanun Keseksaan.
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments