Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Sebuah kapal tangki minyak milik Korea Selatan berjaya melalui Laut Merah dan kini dalam perjalanan pulang ke negara asal, menjadikannya penghantaran minyak mentah keenam yang menggunakan laluan tersebut.
Transcript
00:00Sebuah kapal tangki minyak milik Korea Selatan berjaya melalui Laut Merah dan kini dalam perjalanan pulang ke negara asal menjadikannya
00:08penghantaran minyak mentah ke-6 yang menggunakan laluan tersebut.
00:11Menurut Kementerian Lautan dan Perikanan Korea Selatan, kapal tersebut yang dimuatkan dengan minyak mentah di pelabuhan Yanbu Arab Saudi telah
00:20melalui Laut Merah sekitar jam 10 pagi waktu Korea.
00:23Bagaimanapun pihak kementerian tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai pergerakan kapal berkenaan atas faktor keselamatan.
00:29Kapal tersebut merupakan kapal tangki ke-6 Korea Selatan yang menggunakan laluan antara Lautan Hindi dan Laut Mediterranean melalui Laut
00:36Merah dan Terusan Suez.
00:38Langkah ini diambil selepas negara itu mengalihkan laluan penghantaran daripada Selat Hormuz yang kini dianggap tidak selamat susulan konflik antara
00:46Iran dan Amerika Syarikat.
Comments

Recommended