00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat menghayati nilai kebijaksanaan, kesederhanaan, isan dan kasih sayang yang menjadi teras sambutan
00:09Hari Wesak dalam usaha memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
00:14Menerusi hantaran di Facebooknya sempena sambutan Hari Wesak, beliau berkata nilai-nilai murni tersebut bukan sahaja penting dalam ajaran agama,
00:23malah relevan dalam membentuk masyarakat yang saling menghormati dan memahami antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang.
00:32Menurut Perdana Menteri, semangat kasih sayang dan kemanusiaan yang dibawa oleh perayaan itu amat bermakna ketika masih terdapat pihak tertentu
00:39yang cuba menimbulkan perpecahan dengan memainkan sentimen kaum dan agama.
00:43Beliau turut berharap sambutan Hari Wesak tahun ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada penganut Buddha serta terus menyembarkkan nilai
00:53kemanusiaan yang menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah masyarakat yang bersatu padu, beradab dan bermaruah.
Comments