Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Dua kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.
Transcript
00:00Dua kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Baru, Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.
00:05Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata,
00:10pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada jam 7.32 pagi.
00:17Kebakaran itu membabitkan dua kilang kelas A di mana premis pertama adalah kilang perkakasan yang terbakar hampir 90%.
00:24Manakala kilang kedua merupakan sebuah kilang perabot yang musnah 60%.
00:30Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini di kedua-dua lokasi.
00:34Operasi turut dibantu anggota serta aset dari balai bomba dan penyelamat Bukit Jerutong, Sumang Jaya, Damansara dan Selayang.
00:42Ia melibatkan kekuatan 26 anggota bomba dengan empat jentera fire rescue tender, dua tangki air serta dua unit bantuan perkhidmatan
00:51kecemasan EMRS.
00:53Siasatan lanjut kini berjalan bagi mengenalpasti punca kebakaran serta anggaran kerugian.
00:59Terima kasih.
00:59Terima kasih.
Comments

Recommended