Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Datuk Bandar Bogota, Carlos Fernando Galan mengetuai ujian tren metro pertama ibu negara Colombia pada Jumaat, sekali gus menandakan kemajuan penting projek infrastruktur yang tertangguh selama beberapa dekad.
Transcript
00:00Datuk Bandar Bogota Carlos Fernando Galan mengetuai ujian tren metro pertama Ibu Negara Kolombia pada Jumaat.
00:08Ini sekaligus menandakan kemajuan penting projek infrastruktur yang tertangguh selama beberapa dekad.
00:15Ujian itu dijalankan antara stesen 1 dan stesen 2 di bagian selatan Bogota.
00:21Pihak Bogota Metro menyifatkan projek berkenaan sebagai pembangunan infrastruktur paling penting yang sedang dilaksanakan di negara itu ketika ini.
00:30Perkhidmatan tren metro itu dijangka mula beroperasi pada Mac 2028 dan bakal melibatkan 30 tren automatik sepenuhnya.
00:39Daripada jumlah itu, 11 tren telah ditempatkan di depoh dan pusat penyelenggaraan di Bogota.
00:46Menurut laman web rasmi Metro Bogota, laduan 1 kini mencapai tahap siap sebanyak 77% dengan pembinaan landasan sepanjang 14km
00:56telah disiapkan.
00:58Cadangan pembinaan sistem metro di Ibu Negara Amerika Selatan itu mula diumumkan pada 1942 oleh Datuk Bandar ketika itu Carlos
01:08Sainz de Santa Maria.
01:12Terima kasih telah menonton!
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended