Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut serta menambah baik prosedur operasi di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tumpat susulan isu kelewatan rawatan yang tular di media sosial sejak Khamis.
Transcript
00:00Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut serta menambah baik prosedur operasi di unit kecemasan dan trauma hospital tumpat,
00:09susulan isu kelewatan rawatan yang tular di media sosial sejak Kamis.
00:14Jabatan Kesihatan Negeri dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pihaknya mengambil maklum hantaran yang tular, membabitkan seorang remaja perempuan berumur 17
00:23tahun yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
00:30Kenyataan itu menyebut pesakit terbabit hadir ke unit kecemasan dan trauma hospital tumpat pada 9.50 malam rabu lepas dengan
00:38aduan sesak nafas, demam, batuk serta selsema.
00:42Pesakit telah diperiksa oleh pegawai perubatan pada 9.52 malam dan hasil pemeriksaan mendapati tiada tanda serangan asma akut manakala
00:51pemeriksaan lanjut di triage sekunder juga mendapati keadaannya stabil.
00:57Pesakit kemudian ditempatkan di zon hijau sementara menunggu pemeriksaan lanjut kerana terdapat kes lain di zon kuning dan zon merah
01:05yang memerlukan rawatan segera pada ketika itu.
01:08Bagaimanapun ketika dipanggil semula untuk pemeriksaan lanjut pada 12.02 pagi, pesakit didapati telah meninggalkan hospital tanpa memaklumkan perkara itu
01:18kepada petugas.
01:19Menurut kenyataan itu, semakan awal mendapati terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian khususnya dari segi komunikasi serta pengurusan pesakit
01:29di unit kecemasan dan trauma.
01:32Sehubungan itu, hospital tumpat akan menjalankan siasatan lanjut selain menambah baik prosedur sedia ada bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih
01:41berkesan.
01:42Sebagai langkah penambahbaikan awal, pesakit yang mempunyai latar belakang penyakit asma akan diberikan pemantauan berterusan sehingga selesai rawatan.
01:52Selain itu, pesakit di zon hijau yang sedang menunggu giliran rawatan juga akan dinilai semula secara berkala sehingga dipanggil untuk
02:01pemeriksaan lanjut.
Comments

Recommended