00:00Lembaga tabung haji akan terus memperkukuh aspek penambahbaikan pengurusan haji bagi musim akan datang melalui pendekatan penilaian menyeluruh dan inovasi
00:10berterusan.
00:11Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Hassan berkata, amalan melakukan post-mortem selepas setiap musim haji menjadi antara
00:20kunci utama kejayaan Malaysia dalam mengekalkan standar perkhidmatan bertaraf dunia.
00:28Menurut beliau, setiap maklum balas daripada jemaah serta penilaian operasi akan diteliti secara terperinci bagi memastikan kelemahan dapat dikenalpasti dan
00:38ditambah baik.
00:40Alhamdulillah sebenarnya tabung haji dia punya amalan dia habis haji-haji terus ada post-mortem. Kita akan melihat semua penilaian,
00:48assessment dan juga maklum balas daripada semua jemaah haji kita akan lakukan terbaik.
00:52Ini yang dilakukan ini merupakan best practices yang ada di tabung haji dan barangkali ini adalah antara formula kita. Sentiasa
00:58menambah baik dan menjadi yang terbaik.
01:00Beliau menjelaskan pendekatan itu merupakan sebahagian daripada best practices tabung haji yang menyumbang kepada pengiktirafan antarabangsa termasuk kejayaan meraih anugerah
01:11Labaitum buat kali kelima berturut-turut.
Comments