00:01Pihak ekspedisi Malaysia Everest 2023 memohon Kerajaan Nepal supaya mengeluarkan pengisytiharan rasmi kematian Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak menyertai
00:12ekspedisi tersebut tiga tahun lalu.
00:14Chief Dimision 2023 Tan Sri Saleh Muhammad Nur berkata permohonan tersebut disampaikan kepada Wakil Kerajaan Nepal, Kuasa Usaha Kedutaan Nepal
00:23di Malaysia, Mudita Bajra Carwa.
00:30Tambahnya langkah itu penting bagi membantu keluarga Hawari terutama dalam urusan tuntutan insurans, pekerjaan serta dokumentasi rasmi.
00:38Permohonan tersebut juga dibuat selepas tiada sebarang dokumen deklarasi kematian dikeluarkan oleh Kerajaan Nepal berhubung kehilangan pendaki orang kurang upaya
00:46pendengaran itu.
00:48Hasil pertemuan yang diadakan, Wakil Kerajaan Nepal bersetuju untuk membantu dan tindakan seterusnya adalah menghantar surat rasmi kepada Kerajaan berkenaan
00:55untuk pertimbangan lanjut.
00:58Sebelum ini, pihak ekspedisi terutam mengemukakan laporan perubatan kepada Kerajaan Malaysia di Nepal bagi menyokong permohonan pengisytiharan kematian Hawari.
01:07Antara lain, laporan pakar perubatan menyatakan bahawa peluang untuk seseorang hidup dalam tempoh lama di zon puncak Everest adalah amat
01:14tipis kerana kawasan itu berada dalam zon kematian pada ketinggian melebihi 8,000 meter.
01:20Dalam peri itu, sehingga hari ini, seramai 30 rakyat Malaysia berjaya menawan Everest termasuk pendaki terbaharu, Muhammad Hafiz Bacok, yang
01:28mencapai puncak pada 18 Mei lalu.
01:32Manakala Muhammad Hawari yang berasal dari Pulau Pinang berjaya menawan Everest pada 19 Mei 2023 sebelum dilaporkan hilang keesokan harinya
01:40di kawasan puncak.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments