00:00Penjelasan terperinci berkenaan semakan hak pemberian khas 40% kepada Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 MA63 dijangka
00:12dibuat hari ini.
00:14Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menjelaskan mengenai rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah ketika
00:22lawatan beliau ke negeri itu pada hari ini.
00:24Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan menyatakan komitmen untuk menilai semula pelaksanaan pemberian khas kepada Sabah termasuk memperbetulkan pendirian pentadbiran terdahulu.
00:36Setiausaha Agong Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, komitmen itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak Sabah.
00:45Beliau turut menegaskan supaya semakan perkara berkenaan di bawah perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan dalam tahun semasa walaupun
00:57masih dalam proses perundangan.
Comments