00:00Ketua Pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JBPM, Dato' Sri Nur Hisham Mohamad mengesahkan operasi mencari dan menyelamat SAR pendaki
00:08wanita yang hilang, Jaslinda Saludin akan diteruskan.
00:12Menurutnya, bagi meneruskan usaha pencarian tersebut, seramai 50 anggota daripada pelbagai agensi kini digerakkan dalam operasi berkenaan bagi memastikan penggiliran
00:20petugas dapat dilakukan secara berterusan di lapangan.
00:26Ujah beliau setakat ini, tiada keputusan dibuat untuk menghentikan usaha berkenaan.
00:31Tambah Nur Hisham operasi di kawasan gunung mempunyai cabaran tersendiri berbanding operasi di laut, justru pihaknya tidak bercadang untuk menghentikan
00:39pencarian.
00:41Pada 24 Mei lepas, Jaslinda Saludin hilang ketika mendaki gunung Batu Putih sejak Sabtu lalu dan kes itu kini memasuki
00:48fasa kritikal selepas tempoh kehilangannya melebihi 72 jam.
00:52Jaslinda dipercayai berusaha mencari sumber air untuk terus bertahan dan berkemungkinan bergerak ke kawasan sungai air busuk yang terletak berhampiran
01:00gunung tersebut.
01:02Menurut Nur Hisham, seramai 36 anggota daripada JBPM dan Polis Diraja Malaysia digerakkan di kawasan Kemp Sukarneka dan Gunung Rayu
01:10dengan turut dibantu Pasukan Gerakan Arm, Jabatan Perhutanan serta Malim Gunung Perhutanan bagi memperluaskan operasi pencarian.
Comments