00:00Sekurang-kurangnya 134 kes Ebola dikesan berlaku di Republik Demokratik Kongo, DRC dan Uganda setakat jemaat.
00:08Perangkaan terkini itu disahkan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO, Tedros Adhanam Ghebreyesus.
00:15Manakala kematian akibat Ebola pula mencecah 18 kes dalam kalangan kes yang disahkan di kedua-dua negara berkenaan.
00:26Jumlah kes disahkan itu juga termasuk sembilan di Uganda serta seorang doktor dari Amerika Syarikat yang sebelum ini merawat pesakit
00:34di Kongo dan kini sedang menerima rawatan di Jerman.
00:38Tedros mengadakan pertemuan dengan rakan kesihatan dan kemanusiaan di Kongo bagi membincangkan tindak balas terhadap wabak yang disebabkan oleh virus
00:47jenis Bundibuyo di bahagian timur negara itu.
00:49Beliau memaklumkan semua pihak juga mencapai kata sepakat dalam memperkukuh penyelarasan dan kerjasama antara rakan strategik bagi menyokong kerajaan serta
01:00komuniti di wilayah Ituri.
01:02Sejak penularan wabak ini pada 15 Mei lalu, pihak berkuasa kesihatan Kongo memaklumkan kes terbaru terus menerus direkodkan dengan jumlah
01:11keseluruhan ketika ini sudah melebihi seribu kes.
01:15Sehubungan itu, pengukuhan komunikasi dengan masyarakat setempat menerusi penglibatan rangkaian komuniti termasuk kumpulan agama akan menjadi tumpuan ketika ini.
01:25Dalam perkembangan berkaitan, seorang kakitangan makmal berusia 32 tahun yang dijangkiti Ebola dilaporkan menjadi pesakit pertama yang sembuh dan dibenarkan
01:35keluar dari hospital Ruampara di wilayah Ituri selepas menerima rawatan.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments