Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Arab Saudi dilihat semakin mengurangkan kebergantungan terhadap Amerika Syarikat dalam aspek keselamatan, dengan memilih pendekatan lebih berdikari dalam diplomasi serantau. Perubahan ini mencerminkan peralihan landskap geopolitik dunia ke arah keseimbangan kuasa yang lebih multipolar.
Transcript
00:00Seterusnya, Arab Saudi dikatakan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat sebagai pelindung keselamatan utama sekaligus mengubah landscape kuasa global
00:10semasa.
00:11Menurut penganalisis Mubarak Al-Ati, situasi tersebut mencerminkan perubahan ketara dalam hubungan strategik antara Washington dan negara-negara teluk, susulan
00:21perkembangan geopolitik yang semakin kompleks di peringkat antarabangsa.
00:29Jelasnya, situasi tersebut dipengaruhi oleh penurunan pengaruh Amerika Syarikat di beberapa rantau dunia sekaligus membuka ruang kepada kuasa pertengahan dan
00:38serantau untuk memainkan peranan lebih bebas dalam menentukan dasar luar masing-masing.
00:44Arab Saudi juga dilihat lebih cenderung mengambil pendekatan berdikari dalam aspek keselamatan dan juga diplomasi serantau.
00:52Dakwa beliau, perubahan tersebut memberi kesan kepada beberapa inisiatif diplomatik Amerika Syarikat di Asia Barat, termasuk usaha memperluaskan perjanjian Abraham
01:02yang dilihat tidak lagi menjadi agenda utama bagi sebahagian negara di rantau berkenaan.
01:08Selain itu, perkembangan geopolitik semasa turut mengubah keseimbangan kuasa global yang sebelum ini banyak dipengaruhi oleh Washington.
01:18Tegasnya, Amerika Syarikat masih merupakan kuasa besar dunia namun pengaruhnya tidak lagi seperti dahulu dengan landscape global kini dilihat semakin
01:27bersifat mati pola.
01:29Pada masa sama, kuasa-kuasa baru seperti India, Brazil serta beberapa negara teluk kini mempunyai lebih banyak ruang untuk menentukan
01:37haletuju hubungan antarabangsa tanpa bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat.
01:42Mubarak menegaskan Arab Saudi kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana blok dalam konflik serantau termasuk yang
01:51melibatkan Israel dan juga Iran.
01:54Tambahnya, Riyad juga dilihat sedang memperkukuh kerjasama dengan negara-negara Islam dan serantau lain bagi membentuk pendekatan diplomasi baru yang
02:04lebih menyeluruh dalam isu keselamatan dan keamanan.
Comments

Recommended