Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
JBPM tingkat persediaan hadapi cuaca kering dan kebakaran hutan susulan El Nino. Fokus pada peralatan, mobilisasi pam berkapasiti besar, jentera berat serta penguatkuasaan bagi cegah pembakaran terbuka.
Transcript
00:00Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JPPM memperkukuh persediaan menghadapi gelombang haba serta kebakaran hutan susulan jangkaan cuaca kering yang sedikit
00:09luar biasa tahun ini berikutan fenomena El Nino.
00:12Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nur Hisham Mohd berkata pihaknya telah menggerakan pertemuan khas dengan semua pengarah bomber negeri dua minggu
00:19lepas bagi memastikan persediaan tahun ini lebih teriti dan rapi berbanding tahun sebelumnya.
00:28Katanya pada tahun lepas, JPPM melengkapkan perolehan antaranya 70 kenderaan kompak yang banyak digunakan dalam kebakaran selain 80 pump tambahan
00:37atau portable pump untuk persediaan yang lebih rapi.
00:41Nur Hisham berkata antara penekanan utama JPPM ketika menghadapi kebakaran hutan ialah memperkukuh pelaksanaan arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA,
00:50dalam pengurusan bencana.
00:51Beliau berkata dua aspek kritikal diberi tumpuan ialah mobilisasi pump berkapasiti besar sekiranya terdapat sumber bekalan air dan penggunaan jengkaut
01:01atau jentera berat bagi mewujudkan pemisah api jika bekalan air tidak mencukupi.
01:07Pada masa sama, JPPM terus memalumkan kepada pihak NADMA supaya pengukusan rondaan oleh Polis Diraja Malaysia, PDRM, Jabatan Alam Sekitar,
01:15JAS dan Pejabat Daerah diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan pembakaran terbuka secara sesuka hati.
01:23Mengulas jangkaan kebakaran hutan tahun ini berbanding tahun lepas, beliau berkata berdasarkan situasi El Nino di Pasifik, ramalan dan bacaan
01:31semasa menunjukkan keadaan tidak terlalu kritikal.
01:35Katanya keadaan cuaca ketika ini juga masih terkawal kerana walaupun berlaku cuaca panas selama beberapa hari, hujan masih turun selepas
01:42itu.
Comments

Recommended