00:00Pasukan penyelam Laos berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang terperangkap di dalam sebuah gua di tengah negara itu yang dilanda banjir.
00:09Pihak berkuasa berkata empat lagi masih terperangkap dan dua masih hilang.
00:15Kesemua mangsa yang merupakan rakyat tempatan memasuki gua di wilayah Zai Sombun untuk melombong emas.
00:22Namun laluan keluar mereka terhalang menyebabkan mereka terperangkap lebih seminggu.
00:27Proses membawa mangsa keluar melalui laluan gua mengambil masa kira-kira 37 minit sebelum beliau berjaya dibawa ke tempat selamat.
00:37Sementara itu operasi penyelamat dilaporkan masih diteruskan bagi mencari mereka yang hilang dan terperangkap.
00:44Operasi hanya dihentikan seketika pada waktu malam bagi menilai keadaan mangsa yang telah ditemui
00:50selain merancang untuk meneruskan usaha mencari dua lagi individu yang masih hilang.
00:57Terima kasih kerana menonton!
Comments