00:00Keadaan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih sejak Sabtu lalu
00:06dijangka memasuki fasa kritikal selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.
00:12Menurut pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Perak, Sayani Saidun,
00:16ketika ini operasi mencari dan menyelamat SAR terus dipergiat termasuk menambah keangkotaan
00:21dan memperluas pencarian ke kawasan kemungkinan mangsa mencari sumber makanan dan air.
00:28Sehubungan dengan itu, SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran sungai air busuk
00:33dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air.
00:37Sayani berkata, sebanyak 36 anggota pasukan digerakkan oleh JBPM dan Polis Diraja Malaysia PDRM
00:44di kawasan Kemp Sukarnika dan Gunung Rayu hari ini yang turut dibantu Pasukan Gerakan Arm,
00:50Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan MGP.
00:53Beliau berkata, bomba sudah membuka satu winching point di Kemp Salai Matahari
00:59yang dianggarkan berkeluasan 100 kaki persegi bagi memudahkan tindakan lanjut
01:04sekiranya pergerakan menggunakan pesawat udara di pelukat.
01:08Menurut beliau, ia bertujuan memudahkan pergerakan keluar dan masuk pasukan penyelamat
01:13kerana winching point sedia ada iaitu di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2
01:18memakan masa perjalanan yang jauh ke lokasi pencarian.
01:23Sayani turut berkata, keadaan muka bumi yang curam dan berbukit di lokasi berkenaan
01:28menjadi cabaran utama pasukan penyelamat selain perjalanan ke beberapa lokasi pencarian
01:33memakan masa antara 7 hingga 8 jam.
01:38Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan 2 MGP memulakan pendakian
01:44Transpenser Chapman pada 2 pagi 23 Mei melalui laluan pos gedung Gunung Bah Gading
01:50Gunung Batu Putih Kuala Woh.
01:53Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanaf Inikmat, 41 tahun, mengalami masalah kesihatan dan berhenti.
02:00Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung
02:04dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 24 Mei, 7.30 pagi.
Comments