00:00Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadila Yusof menzahirkan perhargaan kepada seluruh wartawan, pengamal media dan petugas industri penyiaran atas dedikasi
00:09mereka menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada rakyat sempurna sambutan Hari Wartawan Nasional atau HAWANA 2026.
00:17Beliau berkata peranan wartawan amat besar dalam memperkukuh demokrasi dan membina masyarakat berilmu serta berinformasi, khususnya ketika landscape media kini
00:25semakin mencabar dan pantas berubah.
00:29Katanya menerusi hantaran di Facebook, dalam landscape media yang semakin mencabar dan pantas berubah, peranan wartawan bukan sekadar menyampaikan berita,
00:38malah menjadi jambatan penting antara rakyat dan kerajaan.
00:42Fadila berkata media yang bebas, bertanggungjawab dan beretika merupakan rakan strategik negara dalam memastikan kestabilan, keharmonian dan kemajuan Malaysia terus
00:53dipelihara.
00:54Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap pengorbanan wartawan yang sentiasa berada di lapangan termasuk ketika bencana dan krisis demi memastikan rakyat
01:04memperoleh maklumat sahih dan seimbang.
01:07Beliau berkata dalam era digital hari ini, cabaran penyebaran maklumat palsu, fitnah serta budaya sensasi menuntut warga media terus berpegang
01:17kepada prinsip kewartawanan yang berasaskan fakta, integriti dan kebertanggungjawaban.
01:23Fadila berkata, kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan penting institusi media dalam pembangunan negara, manakala sinergi erat antara kerajaan dan pengamal media
01:34mampu membantu menyampaikan dasar serta agenda pembangunan negara dengan lebih berkesan kepada rakyat.
01:40Beliau turut berharap industri media negara terus berkembang seiring kemajuan teknologi tanpa mengabaikan nilai etika, profesionalism dan kemanusiaan.
Comments