Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Program yang julung kali dianjurkan Kelab Media Perdana Terengganu (METRA) bersama komuniti setempat itu memberi pendedahan dan pengalaman kepada golongan OKU merasai dan menjayakan ibadah korban.

Transcript
00:02Walaupun tidak dapat melihat dan berkomunikasi, namun kekurangan itu bukan halangan bagi golongan kurang upaya OKU untuk berbakti dan menjayakan
00:12ibadah korban.
00:13Program yang julungkali dianjurkan Kelab Media Perdana Terengganu Metra bersama komuniti setempat itu bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada golongan
00:23berkenaan.
00:26Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Pertis, wilayah Terengganu, Muhammad Fauzi Mansur berkata,
00:34penglibatan komuniti OKU dalam program berkenaan memberi pengalaman cukup bermakna kepada mereka.
00:40Katanya mereka turut teruja dapat merasai sendiri suasana ibadah korban secara lebih dekat termasuk memotong daging selain berpeluang bergaul dengan
00:47masyarakat.
00:53menyentuh pun ataupun kita kata dapat bersama-sama memproses. Tapi dengan adanya program seperti hari ini, maka kita,
01:01kolongan komuniti OKU ini dapat merasai juga, dapat memegang pisau, daging dan bersama-sama dalam memproses daging-daging berkenaan.
01:09Dan ini merupakan satu, kita kata pengalaman yang jarang diberi peluang oleh masyarakat dan kita harap pada masa depan,
01:17masyarakat akan sama-sama membantulah mereka untuk bersama-sama agar mereka dapat juga merasai proses-proses dalam ibadah korban ini.
01:27Sementara itu, Zuraifah Mahmud berkata walaupun berdepan kekangan komunikasi, ia tidak menghalang ahli-ahlinya untuk bekerjasama dengan peserta lain sepanjang
01:37program berlangsung.
01:38Sebelum ini, mereka hadir menerima sumbangan atau menjadi tetamu, tetapi kali ini berpeluang membantu proses penyediaan daging korban, satu pengalaman
01:47cukup bermakna.
02:03Sementara itu, Presiden Metra, Zaid Mohamad Nur berkata penganjuran program tersebut bagi mendekatkan pengamal media dengan komuniti OKU,
02:10selain menyemarakkan semangat kebersamaan sempena Aidil Adha.
02:14Zaid berkata ahli pertis turut dibantu sukarelawan dan wartawan bagi memastikan proses pemotongan dan pembungkusan daging dapat dilakukan dengan lancar
02:24dan selamat.
02:25Jelasnya lagi, sebahagian daging korban turut diagihkan kepada golongan asnaf, termasuk komuniti OKU, di sekitar Kuala Nerus.
Comments

Recommended