Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perjanjian Perjanjian Abraham sebelum ini dilihat memberi kelebihan strategik kepada Israel dari segi keselamatan, termasuk kerjasama tidak rasmi dengan beberapa negara Teluk.
Transcript
00:00Perkembangan geopolitik di Asia Barat ketika ini terus dipengaruhi oleh interaksi kompleks antara Arab Saudi, Iran, Israel serta Amerika Syarikat.
00:10Prof. Ajang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Prof. Dr. Kamaruzaman Yusof berkata,
00:15terdapat undingan tidak langsung dalam isu Palestine termasuk mengenai perjanjian Abraham,
00:20namun berpendapat pendirian negara-negara tersebut, terutama Arab Saudi ketika ini, kekal bergantung kepada penyelesaian isu Palestine.
00:30Sehingga hari ini, Saudi menyebutkan di dalam banyak kenyataannya dengan sangat jelas,
00:36iaitu Saudi tidak akan mengadakan sebarang hubungan diplomatik dan Saudi juga tidak akan mengadakan hubungan Abraham Akad dengan Israel
00:46jika sekiranya kedudukan Palestine sebagai sebuah negara yang bebas, yang berdaulat,
00:53ia tidak dapat dilaksanakan, ia seperti yang dikehendaki oleh pihak, pemimpin pihak Saudi.
01:00Jadi, dalam konteks ini saya rasa, nampaknya sekarang ini fokus negara-negara umat Islam,
01:08khususnya negara-negara teluk adalah kepada Saudi dan mereka sangat mengharapkan semoga Saudi tegas,
01:14dengan pendiriannya yang terkini iaitu tidak akan mengadakan sebarang hubungan diplomatik
01:20kecuali isu Palestine ini dapat dijelaskan, kedudukannya dapat dibina sebuah negara
01:26sekurang-kurangnya mengikuti keputusan yang dibuat iaitu two-state solution.
01:31Jelasnya, perjanjian Abraham sebelum ini dilihat memberi kelebihan strategik kepada Israel
01:36dari segi keselamatan termasuk kerjasama tidak rasmi dengan beberapa negara teluk.
01:40Dalam masa yang sama, Iran dilihat kekal tidak mempercaya Amerika Syarikat dan Israel
01:45dengan ketegangan yang berterusan di Selat Hormus.
01:47Beliau menambah terdapat tekanan keselamatan serta insiden ketenteraan
01:51yang melibatkan kapal dan operasi dirantau berkenaan, namun perkara itu tidak dapat disahkan.
Comments

Recommended