00:00Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong pada Rabu menzahirkan penghargaan kepada masyarakat Islam negara itu.
00:06Ini kerana mereka memastikan golongan memerlukan terus menerima bantuan sempena Hari Raya Aidiladha walaupun berdepan cabaran bekalan ternakan bagi ibadah
00:16korban.
00:20Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau berkata ketabahan dan semangat kemasyarakatan ditunjukkan umat Islam dalam melaksanakan ibadah korban mencerminkan
00:28ikatan kukuh dalam komuniti itu.
00:30Kata Lawrence, ketika keluarga melaksanakan korban tahun ini, beliau tersentuh dengan ketabahan dan semangat kemasyarakatan yang ditunjukkan semua pihak terbabit.
00:39Katanya lagi, usaha itu mencerminkan ikatan kukuh dalam komuniti Singapura.
00:43Menurut beliau, Aidiladha kekal sebagai periswa penting bagi masyarakat Islam yang diisi dengan solat, pengorbanan dan perkongsian dengan orang lain.
00:51Beliau turut berharap Aidiladha kali ini membawa keberkatan sekeluarga dan memperkukuh sifat belas ehsan serta semangat gotong royong dalam kalangan
00:59masyarakat Islam Singapura.
Comments