Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Melalui keputusan itu, koperasi berkenaan menyertai gerakan boikot antarabangsa dengan menghentikan penjualan beberapa produk dari Israel, termasuk mesin air berkarbonat serta hasil pertanian import.
Transcript
00:00Sebuah koperasi makanan di New York, Amerika Syarikat, meluluskan usul memboikot semua barangan buatan Israel selepas pengundian dalam kalangan ahlinya,
00:10Park Slope Food Coop.
00:12Koperasi yang mempunyai lebih 15,000 ahli di Brooklyn itu, membuat keputusan tersebut dalam mesyuarat agung tahunan yang dihadiri ratusan
00:20ahli pada Selasa.
00:24Melalui keputusan itu, koperasi berkenaan menyertai gerakan boykot antarabangsa dengan menghentikan penjualan beberapa produk dari Israel termasuk mesin air berkarbonat
00:33serta hasil pertanian import.
00:35Proses pengundian dilaporkan berlangsung dalam suasana tegang dan mencetuskan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli sejak beberapa bulan lalu.
00:42Penyokong usul berkenaan berkata langkah itu diambil sebagai tanda soldati terhadap isu kemanusiaan serta bantahan terhadap tindakan ketenteraan Israel di
00:51Asia Barat.
00:51Bagaimanapun pihak yang menentang berpendapat, keputusan itu tidak wajar kerana melibatkan sebuah institusi komuniti tempatan dalam isu geopolitik antarabangsa.
01:01Park Slope Food Coop ditubuhkan pada 1973 dan dikenali dengan model kooperasi unik yang berkendaki setiap ahli menyumbang tenaga kerja
01:09sebagai syarat mendapatkan barangan runcit pada harga lebih rendah.
Comments

Recommended