00:00Dato' Sri Anwar Ibrahim berbincang mengenai konflik Asia Barat ketika berhubung dengan Perdana Menteri Pakistan, Sheikh Bas Sharif pada Rabu.
00:08Dalam perbincangan tersebut, Perdana Menteri menyentuh mengenai perkembangan positif, rundingan Islamabad antara Iran dan Amerika Syarikat dan berkaitan pembukaan semula
00:17Selat Hormuz.
00:21Anwar turut menyatakan penghargaan Malaysia akan peranan Pakistan dalam usaha pengantaraan berterusan serta kesediaannya menjadi tuan rumah bagi rundingan seterusnya.
00:31Beliau juga turut menegaskan pendirian Malaysia bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan pendekatan damai demi menjamin kestabilan
00:40rantau Asia Barat.
00:42Kedua-dua pihak turut menyentuh mengenai kepentingan masyarakat antarabangsa bersuara dan mengambil langkah tegas untuk menghentikan keganasan dan kekejaman Israel
00:51terhadap orang awam di Gaza dan Lubnan.
00:54Pada masa sama, Anwar turut mengambil peluang menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Sheikh Bas serta rakyat Pakistan.
01:01Jelasnya hubungan kedua-dua negara akan terus diperkukuh berlandaskan semangat persahabatan, saling menghormati dan komitmen bersama terhadap keamanan serta kemakmuran
01:11sejagat.
01:12Terima kasih kerana menonton!
Comments