Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kesemua mangsa ditemukan awal pagi Rabu (27 Mei) selepas dipercayai terperangkap akibat kenaikan paras air susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Transcript
00:00Lima penduduk kampung ditemukan selamat di dalam sebuah gua di wilayah pedalaman Laos pada Rabu.
00:06Mereka ditemukan selepas dipercayai terperangkap akibat kenaikan paras air, susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
00:18Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat SAR masih diteruskan bagi mengesan dua lagi yang dilaporkan hilang.
00:25Mangsa yang ditemui dilaporkan dalam keadaan lemah akibat kekurangan makanan namun tidak mengalami kecederaan serius dan kini menerima rawatan di
00:34hospital berhampiran.
00:35Menurut jurucakap pasukan SAR, operasi mencari baki dua mangsa berdepan kesukaran berikutan struktur gua yang sempit, keadaan tanah yang berlumpur
00:45serta paras air yang masih tinggi.
00:47Susulan itu pihak berkuasa Laos menambah anggota penyelamat termasuk unit penyelam gua serta peralatan pump air bagi mempercepatkan usaha pencarian.
00:57Operasi itu turut dipercepatkan berikutan ramalan cuaca buruk dalam tempoh terdekat.
01:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended