00:00Usaha berterusan perlu dipergiat bagi mengurangkan kos pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS, khususnya ketika sektor itu berdepan peningkatan
00:10kos operasi susulan konflik di Asia Barat.
00:13Menteri Pembangunan Usahawan dan Kooperasi Stephen Sim berkata, langkah itu penting bagi membantu perusahaan yang masih kurang, mendapat liputan sistem
00:22kewangan arus perdana bagi pembiayaan dan modal kerja.
00:30Menurutnya, ramai PMKS, khususnya perusahaan mikro dan kecil, masih menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan, terutamanya disebabkan rekod kredit yang terhad serta
00:39kos pembiayaan yang tinggi.
00:41Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi Kuskop mengalu-alukan peranan Kredit Garanti Kooperasi Malaysia Berhad CGC dalam membantu merapatkan
00:50jurang pembiayaan ini menerusi skim jaminan, khidmat nasihat kewangan dan inisiatif pemudah cara pembiayaan.
00:58Stephen berkata perkara itu dimaklumkan beliau semasa mempenguruskan mesyuarat bersama CGC bagi membincangkan usaha memperkukuh akses pembiayaan dan akses modal
01:08bagi PMKS di Malaysia.
01:10Semasa mesyuarat tersebut, CGC memberi taklimat mengenai beberapa inisiatif yang sedang dilaksanakan, termasuk skim jaminan kredit, kemudahan pembiayaan, latihan pemasaran
01:19digital, program pembangunan usahawan belia serta sesi jaringan PMKS di seluruh negara.
01:25Selain itu, Stephen turut meminta agensi di bawah Kuskop, khususnya SME Korp Malaysia, untuk memperkukuh kerjasama dengan CGC dan meningkatkan
01:35hebahan mengenai maklumat pembiayaan, bantuan dan saluran pembiayaan.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments