00:00Inisiatif baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP menerusi iLegasi dilihat berpotensi mengubah pendekatan simpanan persaraan daripada sekadar tumpuan kepada individu,
00:12kepada perancangan kewangan lebih menyeluruh buat keluarga.
00:15Pakar ekonomi berpandangan langkah itu mampu menjadi satu bentuk intervensi bagi membantu generasi muda membina simpanan persaraan lebih kukuh pada
00:24masa hadapan.
00:27Menerusi iLegasi, ahli KWSP yang mencapai umur pengeluaran penuh dan mempunyai simpanan melebihi tahap simpanan mencukupi boleh memindahkan sebahagian simpanan
00:36kepada pasangan atau anak-anak.
00:38Ketua Ekonomi Bank Mu'amalat Malaysia Berhad, Dr. Afzan Nizam Abdul Rashid menyifatkan langkah itu sebagai satu usaha memperkukuh daya
00:45tahan kewangan merentas generasi.
00:47Dia merupakan satu pemindahan simpanan daripada generasi yang hampir besar dan dipindahkan sebahagiannya kepada generasi yang muda.
00:59Dan mungkin dalam konteks keluarga, mungkin kita bercakap tentang hubungan antara ibu bapa dan juga anak-anak lah.
01:07Dan seperti yang kita sedia maklum, cabarannya adalah untuk memastikan kalau boleh simpanan semua ahli KWSP itu dapat mencapai apa
01:18dikatakan sebagai simpanan mencukupi.
01:20Iaitu buat masa ini nilai ambangnya adalah RM650,000.
01:23Beliau berkata cabaran mencapai simpanan persaraan yang mencukupi masih berkait rapat dengan tahap pendapatan dan keupayaan menyimpan dalam kalangan rakyat,
01:33terutamanya golongan muda.
01:35Justru katanya, iLegasi dilihat sebagai satu ikhtiar dalam skop peranan KWSP untuk membantu meningkatkan simpanan ahli.
01:43Dalam skop yang ada itu, KWSP cuba membuat satu intervensi supaya nasib ahli KWSP apabila mereka besar berada dalam keadaan
01:53lebih baik.
01:54Tapi secara big picture-nya, sebenarnya banyak polisi-polisi ataupun darah-darah yang perlu digarap supaya pertamanya tangga gaji rakyat
02:05Malaysia akan dapat ditingkatkan.
02:06Kemudian dari segi aspek literasi keuangan, kemudian dari segi sumbangan gaji kepada ekonomi itu perlu ditingkatkan.
02:14Terdahulu, KWSP mengumumkan beberapa penambahbaikan bagi memperkukuh kesejahteraan persaraan ahli, termasuk pengenalan iLegasi, penjenamaan semula kaedah bayaran bulanan bagi pengeluaran
02:24umur 55 atau 60 tahun sebagai iEmas, serta pelancaran kalkulator matlamat persaraan.
Comments