00:00Kerajaan Sabah terus mempergiat usaha memperluaskan tanaman jagung bijirin bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan ternakan yang kini mencecah kira
00:09-kira RM800 juta setahun.
00:12Pembantu Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata insentif RM5 juta disediakan bagi menggalakkan lebih ramai
00:20pengusaha menceburi sektor tersebut dan meningkatkan kadar sara diri SSL jagung di negeri itu.
00:28Satu tahun kos kita adalah lebih kurang dekat RM800 juta untuk mengimport makanan jagung daripada negara luar.
00:36Jadi SSL kita hanya lingkungan 2% maksudnya di Sabah hanya mengeluarkan lingkungan 2% untuk keperluan makanan ternakan, ayam
00:46dan juga binatang-binatang yang lain.
00:51Jadi di pihak kementerian tahun ini kita ada sediakan peruntukan sebanyak RM5 juta insentif kepada pengusaha-pengusaha yang berminat untuk
01:00mengusahakan tanaman jagung.
01:02Beliau berkata demikian ketika meninjau projek tanaman jagung bijirin di kampung Masolo, Kota Marudu yang diusahakan dengan teknologi mekanikal agro
01:12-modern.
01:12Usaha berkenaan dijangka mampu meningkatkan pengeluaran bahan makanan ternakan tempatan.
01:19Selain itu, kerajaan turut merancang membangunkan kawasan seluas 300 hektar di terusan sapi untuk tanaman jagung komersial
01:27menerusi kerjasama antara korporasi pembangunan desa dan pengusaha tempatan dengan sokongan baki peruntukan sebanyak RM2 juta.
Comments