Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Semangat gotong-royong dan sumbangan komuniti terus menjadi kekuatan masyarakat di Kuching apabila Surau Wakaf Taman Indah melaksanakan ibadah korban melibatkan 35 ekor lembu sempena Aidiladha tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, jumlah korban itu antara yang terbesar pernah disaksikannya di peringkat surau.
Transcript
00:00Semangat gotong royong dan sumbangan komuniti terus menjadi kekuatan masyarakat di Kuching apabila Surau Wakaf Taman Indah melaksanakan ibadah korban
00:08melibatkan 35 ekor lembu sempena Aidiladha tahun ini.
00:12Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak Hal Ehwal Koprat Penerangan dan Ukas, Dato' Abdullah Saidul berkata jumlah korban itu antara yang
00:19terbesar pernah disaksikannya di peringkat Surau.
00:22Dan ini sangat mengkagumkan lah saya rasa ini satu semangat dan jiwa sebuah masyarakat yang baik kerjasamanya silaturahimnya rapat bukan
00:35hanya melibatkan tentang pembinaan Surau tetapi termasuklah tentang pembelian hampir 22 ekor
00:4433, 35 lah, 32 sebenarnya, 32 ekor sebenarnya hasil daripada sumbangan bahagian penduduk kawasan ini ataupun jemaah kawasan ini.
00:57Dalam pada itu beliau turut memuji penglibatan aktif golongan muda dalam pengurusan Surau berkenaan apabila kebanyakan ahli jawatan kuasa serta
01:06individu yang menggerakkan aktiviti Surau terdiri daripada mereka berusia bawah 40 tahun.
01:11Menurutnya penyertaan generasi muda dalam institusi masjid dan surau penting bagi memastikan aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan terus relevan dan dekat
01:22dengan komuniti setempat khususnya di kawasan pinggir bandar seperti Bandar Baru Samaryang.
01:28Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan ibadah korban dan akikah Surau Wakaf Taman Indah di Bandar Baru Samaryang, Kuching.
Comments

Recommended