Skip to playerSkip to main content
Pendakwah, Ahmad Shukri Yusoff berkata umat Islam diingatkan agar tidak terperangkap dalam kefahaman agama yang tidak lengkap. Jelasnya, sikap sesetengah pihak yang mentafsirkan agama berdasarkan pemikiran sendiri semata-mata boleh menyebabkan ajaran Islam yang murni itu dicemari elemen-elemen negatif. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerosakan itu bermula apabila elemen-elemen emosi ini menguasai diri
00:06Maka datanglah ketika itu rasa seperti yang saudara Nazri sebut tadi
00:11Rasa riak, rasa sombong, rasa aku lebih baik daripada orang lain
00:18Dan kadang-kadang kita memberi tafsiran agama itu berdasarkan pemikiran kita
00:25Contoh mudahlah yang berlaku minggu ataupun seminggu, dua minggu lepas
00:30Ada beberapa orang yang berkompang ataupun berselawat di satu kenderaan awam, pengakutan awam
00:39Saya fikir, saya fikir mungkin yang berbuat demikian mereka berfikir
00:46Kami nak membawa syiar, membawa budaya selawat
00:52Kami nak membawa budaya hubur Rasul, cinta kepada Rasul
00:57Ya, dari satu sudut, betul ada betulnya dari satu sudut
01:03Tapi kalau dilihat lebih mendalam, itu sesuatu yang tidak boleh dilakukan
01:08Kerana tidak boleh mengangkat suara mengganggu penumpang-penumpang yang berada dalam kenderaan awam
01:16Dan bukan begitu yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW
01:21Bahkan membaca Al-Quran pun dalam masjid ketika ada orang lain
01:25Ya, betul
01:26Kita memperlahankan bacaan Al-Quran
01:29Tapi contoh yang saya buat ini, nak menggambarkan ada kelompok ini, dia merasa dia betul
01:35Oh, inilah, inilah cinta Nabi, inilah cinta Rasul
01:38Dan mungkin orang yang menegur itu akan dikatakan
01:41Eh, inilah usaha kami
01:43Kenapa kamu nak ganggu kami?
01:46Jadi, saya bagi contoh mudah ini
01:48Untuk menggambarkan kadang-kadang cara kita berfikir
01:52Ataupun kefahaman kita
01:54Sebenarnya berkenaan dengan Islam bukan begitu
01:57Sebab itu ada penulis yang menulis berkenaan dengan beragama ini
02:02Mereka gunakan istilah
02:03At-tadayun al-mangkos
02:06Beragama tetapi secara tidak lengkap
02:10Ataupun ada kekurangan
02:12Ada keecatan dalam beragama
02:15Ia, dia, mereka merasakan itulah agama
02:18Tapi sebenarnya agama tidak menyebut begitu
Comments

Recommended