00:00Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di dalam baldi berisi air sabun di sebuah rumah
00:08di Jalan Seri Permata Ladang, Seremban, Petang Selasa.
00:11Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisional Muhammad Yatim Osman berkata, bayi berkenaan disedari berada dalam keadaan terlangkup di dalam baldi
00:19berisi air kira-kira jam 2.30 petang.
00:22Katanya pihaknya menerima maklumat selepas satu laporan polis dibuat jam 7.22 malam selasa di IPD Seremban berkaitan kes itu.
00:30Hasil siasatan awal mendapati mangsa diasuh neneknya bermula jam 9 pagi pada hari kejadian sementara ibu dan bapa bayi keluar
00:38bekerja.
00:39Bagaimanapun katanya kira-kira jam 2.30 petang mangsa dibiarkan tidur di dalam buayan sementara neneknya memasak dan menjemur pakaian.
00:47Tidak lama selepas itu neneknya menyedari mangsa sudah tidak berada di dalam buayan dan mendapati mangsa di dalam sebuah baldi
00:54yang berisi sedikit air sabun di halaman belakang rumah dalam keadaan kepala di bawah.
00:59Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke hospital Tuanku Ja'afah Seremban.
01:05Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di hospital oleh pegawai perubatan pada jam 4.30 petang.
01:11Bedah siasat dijalankan pada jam 1 pagi namun punca kematian masih dalam siasatan.
01:16Bagaimanapun kata beliau satu tangkapan dilakukan terhadap seorang wanita berumur 54 tahun untuk membantu siasatan
01:22mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001.
Comments