Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pendaki, Jaslinda Saludin yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih pada Sabtu diteruskan semula mulai jam 8 pagi Rabu dengan tumpuan kepada laluan dari Kem Sukaneka ke Gunung Rayu.
Transcript
00:00Operasi mencari dan menyelamat SAR seorang pendaki Jaslinda Saludin yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih pada Sabtu diteruskan semula
00:09mulai jam 8 pagi Rabu
00:11dengan tumpuan kepada laluan dari Kem Sukarnika ke Gunung Rayu.
00:16Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Perak Sabaruzi Nur Ahmad berkata
00:22laluan tersebut diberi tumpuan kerana dipercayai ia adalah kawasan terakhir mangsa berada.
00:32Menurut Sabaruzi ia berdasarkan jejak-jejak serta kesan yang dipercayai telah ditinggalkan oleh mangsa.
00:39Operasi difokuskan kepada pencarian sekitar Kem Sukarnika menuju ke Gunung Rayu
00:45di mana dipercayai kawasan terakhir mangsa dikenalpasti berdasarkan jejak-jejak yang ditinggalkan seperti tapak kasut,
00:55kesan-kesan tinggalan seperti botol up minuman dan juga bekas gula-gula dan suplemen yang ditinggalkan oleh mangsa.
01:04Dan kita percaya dan yakin mangsa cuba untuk mencari jalan keluar namun tersasar daripada trek utama untuk turun ke pos
01:12Kuala Woh.
01:12Sabaruzi berkata operasi pada Rabu terus dibantu oleh pesawat daripada Pangkalan Udara Wilayah Utara JBPM
01:21untuk membawa keluar pasukan penyelamat yang telah memulakan operasi sejak Isnin dan menghantar pasukan penyelamat baharu.
01:28Menurutnya keseluruhan 8 anggota STOM bersama seorang malim gunung perhutanan dari pasukan penyelamat pertama telah selamat keluar dari lokasi.
01:36Katanya 12 anggota penyelamat baharu telah dihantar ke Bukit Berapit 2 masing-masing pada jam 9.15 pagi, 9.45
01:46pagi dan 11.30 pagi
01:48menggunakan pesawat AW139 untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Comments

Recommended