00:00Seorang penternak Palestine mendakwa peneroka Yahudi Israel mencuri puluhan ekor kambing miliknya di tebing barat sekaligus menjejaskan persiapan keluarganya untuk
00:10menyambut Aidil Adha.
00:12Menurut Samiha Rashid, kejadian berlaku di Masafir Yata apabila kira-kira 45 ekor kambing milik keluarganya dilarikan peneroka Israel pada
00:2221 Mei lalu.
00:25Katanya sebelum kejadian itu, anjing pengawal keluarga mereka turut dicuri menyebabkan tiada sesiapa menyedari kehadiran kumpulan terbabit ketika mereka memecah
00:35masuk dan menghalau tenakan berkenaan keluar dari kandang pada waktu malam.
00:40Aidil Adha merupakan antara perayaan paling suci dalam Islam yang memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan lazimnya umat Islam menyembelih
00:50haiwan korban serta mengagihkan daging kepada golongan memerlukan.
00:54Rashid berkata keluarganya kini bukan sahaja kehilangan haiwan untuk ibadah korban, malah turut hilang sumber pendapatan hasil jualan kambing sempena
01:03musim perayaan itu.
01:10Terima kasih.
01:56Dia turut mendakwa peneroka Israel melancarkan serangan hampir setiap hari
02:01terhadap penternak Palestine di kawasan itu termasuk menyembuh gas lada ke arah rumah dan kanak-kanak.
02:07Rakaman kamera lita tertutup CCTV yang diperoleh Reuters menunjukkan beberapa lelaki bertopeng
02:14mengalihkan kambing keluar dari ladang pada waktu malam.
02:18Keganasan peneroka Israel terhadap rakyat Palestine di Tebing Barat dilaporkan meningkat
02:23sejak perang di Gaza tercetus pada Oktober 2023.
02:28Menurut jurucakap Kementerian Pertanian Palestine Mahmud Fataftah,
02:32kira-kira 4,000 tenakan dicuri peneroka Israel sejak awal 2026.
02:37Beliau berkata, petani Palestine mengalami kerugian melebihi 5 juta dolar Amerika
02:43akibat serangan peneroka Israel.
Comments