00:00Seterusnya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA menjangkakan bekalan bahan mentah utama termasuk ayam, daging, sayur-sayuran dan santan adalah mencukupi
00:10bagi menampung keperluan pengguna sempena Aidil Adha ini.
00:14Menurut FAMA dalam kenyataan, pemantauan terhadap rantaian bekalan agro-makanan di seluruh negara termasuk peringkat ladang, pemborong dan peruncit dilaksanakan
00:25secara berterusan agar bekalan berkenaan kekal stabil serta mudah diperoleh pengguna.
00:31Selain itu, tren harga bahan mentah semasa menjelang Aidil Adha masih terkawal dan stabil bagi kebanyakan komoditi utama.
00:39Melalui pemantauan FAMA, harga semasa didapati tidak menunjukkan peningkatan luar biasa sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan bekalan makanan pada harga berpatutan
00:49sepanjang musim perayaan.
00:52FAMA akan terus mempergiatkan pemantauan harga di outlet pemasaran FAMA serta pasaran utama di seluruh negara bagi memastikan kestabilan harga
01:00sentiasa terjamin.
01:02Dalam pada itu, FAMA melalui bahagian risikan dan pemodenan pasaran RMP turut melaksanakan pemantauan harga agro-makanan segar secara harian
01:11yang membabitkan tiga peringkat pemasaran iaitu ladang, borong dan runcit.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments