Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Jenazah Nur Izzati Humaira Azizul, 18 tahun, remaja perempuan yang meninggal dunia selepas hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Sabtu lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, 3.05 pagi tadi.
Transcript
00:00Jenazah Nur Izzati Humairah Azizul, 18 tahun, remaja perempuan yang meninggal dunia selepas hilang ketika mendaki Bukit Cangkat Asa pada
00:09Sabtu lepas, selamat dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Felda Terolak Utara pada 3.05 pagi tadi.
00:16Jenazah selesai proses berdasiasat di Hospital Sungai Buloh HSB pada 12.19 tengah malam.
00:25Sebelum itu, jenazah anak kedua daripada empat adik-beradik itu dibawa ke Masjid Aridwaniah Felda Terolak Utara untuk disolatkan.
00:34Bapa arwah Azizul Abdul Aziz, 48 tahun, mengimamkan sendiri solat jenazah itu pada 2.20 pagi tadi bersama kira-kira
00:4250 jemaah di masjid tersebut.
00:44Dalam hari itu, Azizul ketika ditemui media selepas selesai pengebumian anaknya berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan
00:53agensi yang terlibat dalam usaha mencari serta mendoakan supaya Nur Izzati Humairah ditemui selepas kehilangannya pada 23 Mei lepas.
01:02Jadi ketika kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan.
01:12Saya pun cemburu dengan anak saya. Amalan apa yang dibuat satu Malaysia mendoakan, memberikan ucapan yang positif.
01:23Terima kasih semua dan satu yang kami sekeluarga harapkan, teruskan berdoa dan juga janganlah ada spekulasi yang tak sepatutnya keluar
01:37daripada kita.
01:39Bila berkata sambutan Hari Raya Adil Adha tahun ini meninggalkan erti pengorbanan kepada keluarga berikutan kejadian yang menimpa anaknya.
01:47Pada selasa, mayat dan maja itu ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi SAR pada kira-kira 11.59
01:55pagi kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan 1km dari pos kawalan tempat kejadian PKTK.
02:03Nur Izzati Humairah dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika meneruni bukit bersama keluarganya.
02:10Arway Hamdi percayai mengambil keputusan untuk berjalan sendirian bagi sampai lebih awal ke kaki bukit kerana kepanasan dan penat sebelum
02:19dilaporkan hilang.
Comments

Recommended