Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Samsung Electronics gagal mencapai persetujuan dengan kesatuan pekerjanya pada Rabu, sekali gus membuka laluan kepada tindakan mogok melibatkan kira-kira 48,000 pekerja yang dijangka memberi kesan kepada ekonomi Korea Selatan serta rantaian bekalan semikonduktor global.
Transcript
00:00Samsung Electronics gagal mencapai persetujuan dengan kesatuan pekerjanya pada Rabu.
00:06Ini sekaligus membuka laluan kepada tindakan mogok melibatkan kira-kira 48,000 pekerja
00:12yang dijangka memberi kesan kepada ekonomi Korea Selatan serta rangkaian bekalan semikonduktor global.
00:21Perundingan antara kedua-dua pihak yang berlangsung di bawah tekanan kerajaan dan kumpulan perniagaan
00:27untuk mengelakkan mogok berkenaan akhirnya menemui jalan buntu khususnya berhubung isu bayaran bonus.
00:33Kesatuan pekerja menuntut supaya had bonus yang ditetapkan pada 50% daripada gaji tahunan dimansuhkan
00:41selain meminta 15% daripada keuntungan operasi tahunan syarikat diperuntukkan sebagai bonus.
00:48Kesatuan turut mahu perubahan tersebut dimeterai secara kekal dan tidak dihadkan kepada tempoh satu tahun sahaja.
00:55Bagaimanapun, Samsung dalam satu kenyataan menyifatkan tuntutan kesatuan sebagai tidak boleh diterima
01:01dan jika dipenuhi akan menggugat prinsip asas syarikat.
01:05Mogok tersebut dijangka memberi kesan kepada operasi pengeluaran semikonduktor syarikat berkenaan
01:11yang merupakan antara komponen penting dalam industri teknologi global.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended