Skip to playerSkip to main content
  • 36 minutes ago
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth mengadakan lawatan ke Singapura bagi menghadiri Dialog Shangri-La, forum keselamatan utama Asia. Lawatan tersebut menyaksikan pertemuan bersama pemimpin Singapura serta sekutu serantau, selain ucapan penting mengenai strategi Amerika Syarikat dalam melindungi kepentingan nasionalnya di Indo-Pasifik.
Transcript
00:00Laporan antarabangsa setiausaha pertahanan Amerika Syarikat Pete Hexath dijadualkan berlepas ke Singapura pada hari ini bagi menghadiri dialog tahunan Shangri
00:09-La.
00:09Menurut kenyataan Pentagon, Hexath dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong serta Menteri Pertahanan Chan Jun Singh selain
00:18mengadakan beberapa mesyuarat dua hal yang bersama sekutu serta rakan keselamatan serantau.
00:24Lawatan tersebut juga merupakan kunjungan keempat beliau ke rantau Indo-Pasifik sejak memegang jawatan setiausaha pertahanan Amerika Syarikat.
00:32Selain itu, beliau juga dijadual menyampaikan ucapan pleno yang akan memberi tumpuan kepada pendekatan strategik dalam melindungi kepentingan nasionalnya di
00:40Indo-Pasifik.
00:41Sidang tahunan yang diadakan di Singapura itu dianjurkan oleh Institut Kajian Strategik Antarabangsa IISS dan ia dianggap sebagai forum utama
00:50pertahanan dan keselamatan di Asia.
00:53Persidangan yang berlangsung di Singapura dari 29 hingga 31 Mei itu akan menghimpunkan Menteri Kerajaan, Pegawai Kanan Tentera, Pemimpin Perniagaan
01:02serta Pakar Keselamatan dari Rantau Asia Pasifik, Amerika Utara, Eropah dan Asia Barat.
01:08Forum Berkenaan juga merupakan platform penting untuk perbincangan dan diplomasi berkaitan cabaran keselamatan utama di rantau tersebut.
Comments

Recommended